Thursday, November 17, 2011

Mitos Jepun - Ular Gergasi Berkepala Lapan (The Serpent with Eight Heads)


Para dewa telah membuang Susanoh, dewa yang liar dari syurga. Dia telah dibuang ke Dataran Izumo.

Di bandar tersebut, dia mendapati bahawa setiap tahun, seekor ular gergasi berkepala lapan akan makan salah satu daripada gadis kampung itu.

Pada tahun tersebut, mangsa seterusnya sepatutnya ialah Puteri Kusinada. Susanoh memberitahu ibubapa Puteri Kusinada bahawa dia mesti dibenarkan berkahwin dengan Puteri Kusinada jika dia boleh menyelamatkan nyawanya. Ibubapa Kusinada pun menerima tawaran Susanoh dengan hati gembira.

Menurut arahan Susanoh, penduduk-penduduk Izumo membina 8 pagar dan meletakkan satu botol penuh dengan 'sake' di bawah setiap pagar.

Lalu, makhluk itu pun datang. Setiap satu kepalanya pun ke setiap pagar dan mula meminum 'sake' tersebut. Dengan cepat, ular gergasi berkepala lapan itu pun mabuk dan tertidur. Semasa tertidur, Susanoh pun memotong makhluk itu menjadi kepingan.

Susanoh berkahwin dengan Puteri Kusinada seperti yang dijanjikan. Dia pun membina sebuah istana besar di Izumo.

Catatan:-

1. Susanoh merupakan adik kepada dewi Jepun yang teragung, Amateras. Dia boleh dikaitkan dengan Poseidon dalam mitos Greek, tetapi cerita ini lebih serupa dengan cerita pembunuhan Hydra oleh Heracle. Hydra melambangkan sungai ataupun aliran air, tetapi dalam Jepun, ia melambangkan banjir ataupun lava.

2. Izumo kini ialah sebuah bandar di barat Jepun. Tempat inilah tempat yang dipercayai mitos itu berlaku.

3. Pada zaman dahulu, 'lapan' bermaksud 'banyak'. Jadi jumlah sebenar kepala ular tersebut mungkin 10, 100 ataupun lebih.

- Diterjemah daripada The Serpent with Eight Heads -
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment