Thursday, November 17, 2011

Mitos Jepun - Raja di Darat (The Lord of the Land)


Walaupun terdapat banyak lagi dewa yang lebih berkuasa di syurga, Ohkuni-nushi (raja di darat) merupakan dewa teragung di darat, di Jepun pada zaman dahulu. Sejak kecil lagi, abang-abangnya benci akan Ohkuni-nushi, dan bercadang untuk membunuhnya. Mereka memberitahu kepadanya, "Kami akan mengejarkan seekor babi hutan besar berwarna merah dari gunung, dan kau mesti tangkap babi hutan itu di bawah." Namun, bukan babi hutan yang ditangkapnya, tetapi sebuah batu berapi yang besar pula. Ohkuni-nushi pun mati terbakar.

Ibunya berasa amat derita dan memohon kepada para dewa untuk menghidupkan semula si Ohkuni-nushi. Dengan itu, Ohkuni-nushi berjaya dihidupkan semula. Namun begitu, abang-abangnya telah memikirkan satu lagi cara. Mereka membuka satu lubang pada sebatang pokok, tolak Ohkuni-nushi masuk ke dalam, dan tutup semula lubang tersebut. Ohkuni-nushi terperangkap di dalam pokok itu.

Namun begitu, dengan pertolongan ibunya, Ohkuni-nushi sekali lagi dihidupkan semula. Dia ke alam barzakh untuk mencari seorang isteri, dan kembali ke darat untuk menjadi raja. Dia telah dihidupkan semula sebanyak dua kali dan kembali dari alam barzakh. Ini bukanlah suatu kejutan kerana dia merupakan Dewa Tumbuh-tumbuhan. Kepada mereka yang tinggal berdekatan dengan alam semulajadi, kematian dan kelahiran adalah sesuatu yang berlaku setiap tahun.

Catatan:-

1. Di Mesir, Osiris merupakan dewa yang terkenal yang telah dihidupkan semula. Abangnya, Seth benci akan dia lalu membunuhnya. Kemudian kakaknya dan isterinya, Isis menolong menghidupkannya kembali.

2. Dalam mitos Greek, Adonis tinggal di alam barzakh selama 4 bulan, berpindah ke darat selama 4 bulan yang seterusnya, dan buat sesuka hatinya dalam bulan-bulan yang lain. Dia terbunuh oleh seekor babi hutan. Dia juga merupakan Dewa Kematian dan juga Dewa Tumbuh-tumbuhan.

- Diterjemah daripada  The Lord of the Land -
Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment